Wednesday, March 24, 2010

Jenuh Kepong budak DQ

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Sahabat-sahabat seDQ Persijilan, sama ada yang masih di DQ, di CFS, di main camp, dah grade mahu pon yang sudah keluar dari program ini ke program sendiri... Doaku moga kita semua masih ada Quran di dada walaupon sedikit, dan ada mujahadah untuk mengekalkan hafalan tu..

Bukan senang nak hafal, 18 bulan kita bersengkang mata baca berulang kali, ulang dan ulang, tasmi', ulang, kena denda dek xlancar dan segalanya tu, sia-sia saja kah? Termasuk lah diri ini yang juga lemah ingatan dan mujahadah.. Allahummaghfirli waghfir zunubi..

Sekarang sudah generasi ke-11 yang bertapak di DQ, maknanya dah 11 tahun lah program ini.. Ucapan penghargaan kepada Dr. Sidek Baba dan ahli panel yang terlibat dalam mewujudkan program ini.. Apa yang pesertanya dapat?? banyak..
-kehidupan yang kondusif selama 18 bulan di DQ
-kemahiran membaca dan mengingat Quran
-hidup sebagai hamlatul quran
-kawan-kawan dan kenalan yang ramai
-tempat di sisi Allah insyaAllah, Allahummaj'alna minha

tapi,

Ketahuilah, program ni bukan dibuat percuma dan tiada bermatlamat. Term "Huffaz Teknokrat" selalu dan biasa dah di telinga kita kan.. Tinggi sungguh matlamat program ni kan.. Nak lahirkan graduan / insan yang celik akademik dan profesional, bukan tu sahaja, kalau yang tu sahaja dah ramai pon, yang namanya Ah Chong pon dah ada, tapi ini nak yang ada quran di dadanya. Yang tahu agama itu di mana tempatnya. Yang tahu protokol dengan Allah itu macam mana.. hmm..

sesungguhnya,

Perlu ada bimbingan dan pemerhatian yang cukup ketat untuk hasilkan produk macam tu. Macam-macam kena dibuat termasuklah mungkin kelas tasmi' (wajib dah) yang berterusan walaupon lepas DQ, penglibatan dalam pertandingan hafazan, imam masjid, qari tilawah quran, subjek tafsir, subjek ulum quran dan many more..

tapi,

Bukan senang.. kita ini ada plan masing-masing dah.. sama macam orang yang tak ikot program persijilan ni jugak lah.. hmm... sedangkan program ini perlu ada pembuktian bagi melihat keberkesanan nya. Katakan pengambilan setahun adalah 200 orang, maknanya sekarang sudah 2000 orang yang sudah keluar dari DQ (tak termasuk gen11). Dan dalam 200 orang  setiap tahun tu, hampir 50 orang keluar/quit sebelum tamat hafal 30 juzuk di DQ. Dan dalam lebih kurang 150 orang yang tinggal tu, hampir 50 orang pula yang tak sambung ke uia + tukar kos ke art programme.. makanya, tinggal lah lebih kurang 100 orang yang masih bersama dengan program ni. Totalnya, hampir 1000 orang memandangkan sudah 10 batch.

Pelaburan untuk program ni
setiap orang
di DQ +- RM500/bulan selama 18 bulan = RM9000
di CFS +- RM1200/sem selama 4 sem = RM4800
jumlah untuk seorang = RM13800
di darabkan dengan 1000 orang = RM 13,800,000 (eh, baru 13 juta lebih sikit)

fuh, banyak juga tu, hari ni baru try kira sebenarnya, itu pon secara anggaran kasar ja. Belum campur bagi sahabat-sahabat yang 'SERIBU' lagi tu~. Belum campur bayaran bagi kelas tasmi' di CFS yang dengar banyak juga dilaburkan. Semuanya ini sebab apa sahabat-sahabat?? Demi mancapai matlamat program persijilan DQ-UIAM. Nak melahirkan "Huffaz Teknokrat".

"~tuhanku, Engkau maksudku, keredhaanMu ku tuntut, tiada yang lain~"

Friday, March 19, 2010

Segan / Malas / Malu

Bismillahirrahmanirrahim..
Hendak ku mulakan posting kali ni dgn ucapan alhamdulillah atas nikmat lapang ini, juga selawat ke atas nabi (Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alih) yang sentiasa ku impi untuk bertemu dengan baginda.
Satu perasaan yang nak ku kongsikan di sini, yang mana telah lama aku dengar orang merasainya, dan aku juga tak lepas dari merasainya;

"segan beramal di depan orang"

antara sebabnya:
-nanti orang kata ria' pulak
-tak da kekuatan nak beramal
-tak terdorong pulak nak buat, heran juga kenapa orang laen buat...

Tak pastilah apa yang orang lain rasa, tapi bagi diri ku ini, memang ada juga perasaan macamni,dan hari ni rasa nak rungkaikan sedikit perasaan ni. Bahawasanya, ria' tu bukan sahaja buat amalan kebaikan sebab orang, tinggal amalan kebaikan sebab orang itulah juga ria'. Jadi, buat dan tinggallah sesuatu amalan hanya kerana Allah.

Kenapa rasa takda kekuatan? Mungkin sebab amalan yang bagi kekuatan tu tiada. Apa amalan yang bagi kekuatan tu? Amalan di belakang orang. Bayangkan jika kita sudah biasa buat sorang-sorang, buat apa nak segan buat ramai-ramai?

Beramal di belakang manusia juga kena ada. Maknanya buat di masa dan tempat yang manusia tak tahu. Kita sangat dianjurkan buat yang ni, perhatikan ganjaran bagi yang berqiamullail. Allah akan sediakan mahligai di syurga untuknya, dan banyak lagi. Bukankah qiam ini dilakukan tanpa ramai orang tahu? Bahkan mungkin tiada yang tahu langsung. Perhatikan pulak ganjaran bagi yang berzikir sirriah (secara rahsia dalam hati), kelebihannya yang ku dengar adalah 70 kali ganda lebih baik dari zikir jahriah (secara zahir). Mahu tak nya, amalan ini sangat secret, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Kita berhubung denganNya begitu banyak tanpa pengetahuan orang lain, even malaikat pun tak tahu, kerana hal di dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu... Sambil makan, jalan-jalan, study, apa-apa ja, dalam diam-diam hatinya sedang ber'sms' dengan Allah, subhanallah.. Bukankah zikir sirriah ini dilakukan di masa dan tempat yang orang tak tahu?? Hmmm... jauh lebih baik dari ber'sms' dengan couple.

Perasaan segan/malu/malas nak beramal ni, boleh juga dibuang dengan faham macamni,tirulah apa saja yang baik yang orang lakukan. Tak salah. Malah meniru kemuliaan itu kan mulia.. Tapi kadang-kadang ada sedikit rasa berlagak dalam diri, susah la sikit camni~

Pendek kata, buat saja amalan kebaikan, jangan di layan perasaan tu lebih-lebih, last-last tak buat jugak.. Lagi tak betol..

"~tuhanku, Engkau maksudku, keredhaanMu ku tuntut, tiada yang lain~"

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN