Tuesday, January 20, 2009

ADAM DAN KURA-KURA

“…..” membisu sahaja Iqbal ke sana dan ke mari tanpa menghiraukan Adam. Sedari tadi ia asyik cuba memanjat dinding aquarium. Hari ini sahaja sudah 2 kali Adam membersihkan dan menyalin air aquarium tempat tinggalnya Iqbal. Hari ini sahaja, sudah 3 kali Iqbal menerima santapan. Hari ini sahaja sudah tidak terkira berapa banyak kalinya Iqbal menerima kunjungan tuannya Adam. Sungguh pun begitu, Iqbal masih tetap membisu, tidak berterima kasih dan tetap mencari sahaja peluang melarikan diri. Oh Iqbal.. mengapa begitu...?
Adam yang baru berusia 6 tahun amat sayangkan kura-kuranya, Iqbal. Selagi boleh dia nak bahagiakan, kenyangkan dan gembirakan Iqbal ( naseb baek kura-kura jenis yang tak berpakaian, kalau tak...huh).



Tak kisah lah siapa pon Adam. Tak kisah juga siapa lah Iqbal (tak kisah juga lah kalau la ada watak Kak Ros sekali pun), yang penting bukan watak, tapi attitude yang di bawa. Walau Iqbal seekor kura-kura, dan Adam pula baru berusia 6 tahun, tapi ada nilai yang mahal dan kurang disedari.

AKU NAK PERTIKAI
Adam yang kecik tu, sangat menjaga kura2, kenapa ha?
Sedangkan, kura2 tu dahla asyik menyusahkan Adam ja,
Makan banyak, berak banyak, dan lagi dahsyat, asyik nak
lari ja.

Disini lah, nilai kasih sayang wujud. Dan ianya adalah suatu fitrah.
Terbukti bila Adam sahaja sudah pandai melampiaskan perasaannya
(walaupun hanya kepada kura-kura)
Bayangkan, bagaimana sayangnya Allah kepada kita,
Dia yang menciptakan kita, dan Dia tahu seelok belok kita..

~S A Y A N G~
Inilah term nya. Dengan ia lah, hidupnya kita di muka bumi.
Sayangnya Allah kepada kita, memberi nikmat dan peluang hidup.
Sayangnya ibu terhadap kita, menjaga dan mendidik sehingga menjadi orang.
Sayangnya ayah kepada kita, bekerja memberi nafkah sehingga kita besar.
Jadi, tanggungjawab kita, salurkan lah KASIH SAYANG ke jalan yang betul
Setelah mana kita tahu siapa yang menyayangi kita.

Saturday, January 17, 2009

Program di CFS 14-22 Jan 09



FESTIVEN diadakan bermula 14 hingga 22 januari.
inilah Program pertama kelolaan Main Board 1st yaer Engenius.
pengalaman yang amat berharga berhadapan dengan student uia pj ni =)

Opening hanya dibuat dikalangan comitee nya sahaja sebab dewan AMF
'mahal sangat'. Opening nya ialah pada 13/1 dan Closing nya pulak di buat pada
22/1 ini.
Subprogram dikelolakan oleh 6 biro yang ada dalam Engenius, iaitu

Sport and Recreation >>ENIC by Hafizullah
Education >>GRANEQ by Hafidz
Publication and Information >>The Ingenious by Syafiq
Welfare >>E-MADA by Aimullah
Entrepreneur >>GRASTA by Tarmizi
Dakwah and Tarbiyah >>Haflah Wida' by Firdaus
(versi xmerapu)

Semoga FESTIVEN menjadi perintis kepada batch ku dalam mengorak
langkah memajukan diri dalam society seterusnya dapat membangunkan
diri, bangsa dan agama..! TAKBIR!

Thursday, January 15, 2009

AD-DIN AN-NASIHAH

Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Agama itu nasihat..
Sahabat2, walau berat untuk menasihati seseorang,
tapi itulah tanggungjawab kita bersama..
semoga bermanfaat insyaAllah..

(nak syarah pon takot salah, silap dan ralat. jadi kena ngaji dulu
sebelum nak syarah..maafin..salam)

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN