Tuesday, March 31, 2009

Sedikit laporan lah

Assalamualaikum w.b.t.

setelah mana program di rancang dan diusahakan..akhirnya tiba lah hari nya iaitu 29/3 baru ni..semua ajk amat berdebar2 dgn sambutan dpd pserta.kerisauan nya adalah ttg bilngan peserta yg akn dtg..

permulaannya, 3org pserta yg datang pagi tu..seawal 8am.. tggu lagi..mungkin ada yg dalam perjalanan dan mungkin ada yg nak datang lewat sikit..tggu pnya tunggu,
abg Nazrey Raihan pon dah berada di sofa VIP nya,apa lagi, tepat jam 8.30am sahaja, saya terus mulakan saya punya tugas, mengelolakan majlis tu..


berdiri lah daku di depan para pserta yg hadir..rupanya,sudah berhenti pertambahan peserta..yang hadir hari tu, alhamdulillah, 11org, 5 putra+ 6 putri..

pengendalian abg Nazrey amatlah bertenaga..diselang seli dgn lawak jenaka, nyanyian dan zikir..mmg best..maklumlah,beliau dah biasa acting depan camera,setakat 11 org ni, tiada apa yang akan mematahkan semangatnya..
slot a.Nazrey ni spatutnya 1jam, tapi selamba ja beliau seronok bersama adik2 tu, jadi lah 1 stengah jam..tapi tak mengapa, bisa di atur..


selepas tu,adik2 tu rehat..pukul 11.15am, slot Mentor Perjuangan bersama pengarah program, Azim. pejuang2 seperti Dr. Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Ahmad Yasin dan Syed Qutub diceritakan kepada peserta supaya semangat mereka bertambah.Dibandingkan betapa susahnya mereka berjuang berbanding adik2 yang hanya kena berjuang dengan pensel dan kertas dalam mendapatkan 5A dalam UPSR...

rehat, solat Zohor..

Slot lpas tu, bersama motivator, Abg Amin Idris. dengan ceria melayan karenah dan gelak tawa adik2 ni..saya juga turut terhibur bersama mereka =)..
Abg amin bawa tajuk Panduan Bijak Belajar. bukan sahaja adik2 tu yang boleh guna, saya pon ambil jadikan panduan..



Program di jadualkan tamat jam 5pm. berakhir dengan nyanyian lagu Gemuruh, sedikit ucapan pengarah dan bersalaman.. diharapkan adik2 mendapat input yang diberikan dan berjaya dalam peperiksaan nanti.. Ameen..

Semoga usaha ini dikira amalan soleh dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t..

Sunday, March 15, 2009

Journey To Makkah


Program Journey To Mekah (J2M) yang mensasarkan belanja sebanyak lebih kurang RM120K telah mula digerakkan sejak Disember 2008. Seramai 30 orang pelajar UIA dan 2 orang pengiring akan bertolak menunaikan umrah di Mekah pada semester akan datang. Dalam mendapatkan kewangan sebanyak itu, semua peserta program mesti mengumpul dan bekerja keras dengan pelbagai cara. Antara cara yang digunakan adalah dengan menerima sumbangan dari ahli keluarga terdekat, menjalankan perniagaan, MEMBUAT PROGRAM, dan meminta sponsor. Kemungkinan cara ini akan diperkembang dan ditambah lagi, demi memastikan mencapai target, wang belanjawan sebanyak RM120K pada semester akan datang.

Setakat ini, wang terkumpul adalah sebanyak +- RM4K, yang mana ia akan dijadikan modal sebagai menjana lagi baki perbelanjaan. Dirancang, ada beberapa fasa gerak kerja, supaya sasaran dicapai, dalam keadaan peserta tidak tertekan dengan tanggunjawab yang utama iaitu belajar di UIA sendiri.

MEMBUAT PROGRAM
Program pertama yang dirancang akan dilaksanakan seperti berikut:

“Motivasi Kecemerlangan Akademik”

29 Mac 2009 Sabtu
Sasaran: Pelajar darjah 4-6, di sekitar KL dan Petaling Jaya
(terbuka juga bagi yang jauh, tapi tiada pengangkutan disediakan)

BERSAMA DENGAN ABG NAZRI RAIHAN DAN ABG AMIN IDRIS (MOTIVATOR)
Untuk pertanyaan/penyertaan, hubungi Pengarah Program, Nur Azam 0193655249 sebelum 20 Mac 09

Semoga dengan program ini, dapatlah kami pelajar UIA memberi sumbangan kepada masyarakat disamping saling membantu dalam menjalankan perkara makruf, menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’. Lagipun, sekarang ni, ramainya orang ke sana adalah pada usia yang agak lanjut. Di masa badan yang sudah tak larat dan daya tenaga pun amat terhad. Jadi, dalam usia muda ini, kami yang berhasrat untuk ke sana amatlah bebesar hati ;-) sekiranya ada lah sumbangan atau undangan sebagai mencurah bakti bagi mendapatkan dana perjalanan ke Mekah (J2M) ini. Kalau ada sebarang sumbangan nak diberi, sila hubungi, Pangarah Program J2M, Azim 0132660288.

ان شاء الله
ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن

Wednesday, March 4, 2009

CFS IIUM PJ


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alikum w.b.t.
Sahabat2, di sini ana ingin bawa bersama2 berkongsi perasaan hidup di UIA PJ ni. Nak kongsi semua tu tak la, nak buat perkongsian bentuk program yang ana lalui di sini. InsyaAllah ia boleh memberi sedikit sebanyak gambaran tentang kehidupan di sini. Di akhir penceritaan ini, ana harapkan sahabat2 dapat membuat kesimpulan tahap pemikiran dan gerak kerja di UIA PJ ini dan membandingkan dengan tempat sahabat2 sekarang. Kalau ada yang baek dan berminat, boleh contohi atau jadikan inspirasi, dan kalau tak sempurna, boleh lah tinggalkan komen supaya kita boleh sama2 meningkatkan kemajuan masing2, InsyaAllah.
Program pertama yang ana lalui adalah Taaruf Week, program orientasi bagi semua pelajar baru selama 3 hari. Program ni under pentadbiran UIA, Student’s Activities Depertment (STAD), lebih kurang macam HEP la kalau kat DQ, dan kalau kat Maahad dulu macam HEM. Dikendalikan dengan pelajar2 senior yang terpilih sebagai committee dan fasilitator, Programme Managernya senior ana, Syahid Ibrahim, budak Maahad tu... Mereka ini telah di interview oleh STAD dan telah di kursuskan tugasan masing2 dalam suatu induksi. Jadi, segalanya telah jelas sebelum program. Apa yang ada dalam ‘TAWE’ ni? Yang ana paling ingat adalah jalan2 mengelilingi UIA. Diterangkan ini bangunan sekian dan itu bangunan sekian. Best juga jalan2 berkumpulan (tak campur jantina), di iringi sepasang fasi. Pelbagai talk diberikan; talk pengurusan masa, talk pengenalan department2, dan tak dilupakan ‘talk’ tak rasmi oleh committee2 merangkap senior sebagai penaik semangat dan menambat hati supaya sayangkan UIA ni. Ada juga LDK yang dibuat dalam kelas2, best juga, tapi kebanyakannya dah pernah buat (haha...), layan ja. Seterusnya Malam Kebudayaan. Ada juga. Hmm.. ada dikir barat dan nasyid (Iqnig, group nasyid DQ). Last sekali, majlis penutup ana escape pi tamrin kat Maahad (haha..), jadi, tak tau lah macamna, tapi dengar2 macam best juga, buat kat padang UIA PJ ni. Habis TAWE.
Seterunya Annual General Meeting Engineering Student’s Society, AGM Engenius. Program yang membentangkan segala gerak kerja Engenius kepada ahlinya (yang ramainya student baru ja yang datang), dan perlantikan Main Board dikalangan 1st year melalui permohonan, temuduga, manfiesto dan undian. Permohonan dan temuduga dah di buat sebelum AGM, jadi hanya beberapa orang terpilih akan membuat manifiesto. Ana pun bertanding juga malam tu jawatan Vice Prisident 1, di cabar oleh 3 orang dan menang. Pencabar2 tu sekarang jadi kawan baik ana, depa ni baik dan smart la dalam gerak kerja, ana fikir, kalau lah depa menang sekalipun malam tu, Engenius akan terus gemilang dan pilihan pengundi adalah tepat. 1st time ana bermanifiesto macamtu, kena speaking dan kempen, disaksikan Advisor dan Deputy Head Department of Engineering CFS IIUM. Fuh, cuak kot.. naseb baek la Allah permudahkan dan lepaskan dengan smooth ja. AGM start lpas isya dan habis +-jam 12 malam.
Kita skip2 juga, yang ana nak cerita lagi ni program Festival of Engineering, FESTIVEN yang ana ditaklifkan sebagai Director Programme. Program semiggu ni dikelolakan oleh 1st year sebagai program pertama, di bawah nasihat dan pimpinan 2nd year... (fuh,caring juga sesama kami ni kan). Main Board 1st year terus merangkap Main Board program. Perancangan program ni amatlah best dan berinfomasi bagi ahli Engenius. Walau bagaimanapun, program ni tidak berjaya seperti mana yang dirancang kerana masalah pengurusan dan juga guest yang dijemput kebanyakannya tidak dapat hadir. Maka jadilah program ini agak hambar dan merugikan banyak duit. Ini kena cover balik lepas ni, semoga kami dimurahkan rezeki dan dapat memberi yang terbaek kepada semua ahli Engenius, ameen.
Akhir sekali program Journey to Meca J2M. Program yang paling dahsyat ana rasakan. Dengan bajet sebanyak RM 160K. Yang akan membawa seramai 40 orang ke Meca menunaikan Umrah pada semester akan datang, InsyaAllah.dan yang ni ana nak cerita detail sikit, dan akan ana ceritakan dalam keluaran lepas ni. Tak pa, program ni pun sedang dalam perjalanan dan dah peroleh +-RM 4K. Pasni ana post baru, boleh lah promot sekali untuk sponsor =). Ok, Wassalam

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN