Wednesday, January 27, 2010

MATANG???

"Hang tak matang gi aq..", kata Syafiq Kamil

"Budak-budak lagi...", kata umi

"Hang cuba pikiaq dalam sikit, biaq lambat sikit tapi tak menyesai..", kata Abg Hadi

"Enta tak matang lagi..", kata Kak Sufi

........................................................

dan banyak lagi ayat2 seumpama ini yang sering aku terima (huhu)..
Btoi ka aku tak matang lagi??
Nak tau juga apa lah sangat matang ni, sampaikan aku belom mencapai nya..

(kalau salah tlg betulkan)

1. Kamus dewan
-sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua (bkn buah-buahan dll).
-sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu

2. Matang Akal (mumaiyiz, minimum requirement untuk jadi imam)
-tahu membezakan yg mana baek dan yang mana buruk.

3. Matang untuk dikira Mukallaf
-paling lewat untuk seseorang lelaki ialah pada umur 15 tahun, pada umur ini sudah dikira matang dari segi umurnya dan sudah jatuh wajib ke atasnya sebarang kewajipan kepada mukallafin.

4. Matang dalam meeting
-apabila sesuatu cadangan / usul tu dah dibahas puas2. Dilihat apa punca masalahnya, apa kesan baek dari usul tersebut, kesan buruknya, dan apa pendapat orang yang lebih berpengalaman.

5. Laen2 matang yang ku fikirkan
-muka serius lah kalau lawak sikit2 tu..
-tak cakap merapu atau tak berfaedah..
-tak kalut atau tergesa2 (cool)
-tak maen game
-banyak info am
-boleh bergaul dengan orang dewasa, tak da lah kelu lidah tu..

hmmm...

Jika ciri-ciri dan takrif matang tu dipadankan dengan diriku ini, ia tidak ubah seperti RikishiPhatu pakai baju aku, tak padan!

Aku
-selalunya buat sesuatu tanpa fikir panjang
-selalu bercakap lagho (tak berfaedah)
-tidak menepati janji, alasannya sangat tak dapat diterima, "terlupa!". (yala, asyik merapu, memang lupa)
-selalu sangat bergurau, sampai boleh 'mengancam keselamatan negara', hurt the others..
-selalu nak yang gempak2 ja, mewah2, pada hal duit masih ditanggung lagi.. ish2..


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak catat semua. Semua ini ku catatkan di sini ada sebab. Ada tujuan. Secara umumnya, ketahui lah pembaca sekalian, when people expect us better then we can be, it was very pressure. Catatan ini juga ku catatkan dengan memikirkan beberapa perkara:

- Kena tambah ilmu
- Kena kurangkan cakap (huhu..susah yg ni)
- Kena berjimat (susah juga)
- Kena..............................eh cukup2, nak try yang ni dulu!!

Ada satu kesimpulan yang nak ku catatkan di sini,
AKU BELOM CAPAI KEMATANGAN... (syahdunya declaration ni)

Dan ada satu humble request
MAAFKAN AKU BAGI YANG EXPECT TINGGI SANGAT, I'M SORRY

Wednesday, January 20, 2010

Mursyidul-Am Ikhwan Muslimin yg terbaru

::Pengumuman Mursyidul-Am Ikhwan Muslimin yg terbaru (ke-8)::




Pada 19 Januari 2010
Jam 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia)

Biodata Ringkas:
>>Nama:
Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy

>>Umur:
67 tahun

>>Dilahirkan:
7 Ogos 1943
Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir

>>Kelulusan:
-Ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science [Universiti Kaherah, 1965]
-Ijazah Sarjana Vet Sc [Universiti Az-Zaqaziq, 1977]
-Ph.D Vet. Sc [Universiti Az-Zaqaziq, 1979]
-Professor Madya Vet. Sc. [Universiti Az-Zaqaziq, 1983]
-Professor Vet. Sc. [Universiti Kaherah cawangan Bani Suef, 1987]
-Ketua Jabatan Patologi Fakulti Vet. Sc. [1990]

Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan

Dakwah Ikhwan Muslimin:
-Anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975
-Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977
-Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986)
-Anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986)
-Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990)
-Masul Tarbiyah Mesir (1994)
-Anggota Maktab Irsyad (sejak 1996)
-Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007)
-Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

>>Nama Isteri:
Sumaiyah Asy-Syanawy (sedang menjalani penjara seumur hidup sejak 1954)

>>Nama Anak :
Ammar, Bilal dan Dhuha

>>Liku-liku perjuangan beliau:
1965 - dipenjara 9 tahun (dibebaskan pada 1974)
1998 - dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”
1999 - Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara
2008 - dipenjara selama sebulan ketika musim Pilihanraya DUN

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

(di ringkaskan dari http://pemudabesut.blogspot.com/2010/01/mursyidul-am-baru-ikhwanul-muslimun_19.html)

Tuesday, January 19, 2010

tq sifu =)

Yes!!
saya dah dapat ubah benda alah kat atas tu.
form pon dah dapat bahan untuk dikaji.
ThankYouVeryMuch sifu!

Ehem..
DENGAN INI SAYA MENGUMUMKAN, SESAPA NAK KEEP CONTACT, BOLEH LAH MENGISI BORANG KAT BAWAH, SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA..

(testimoni bermula..hehe)

Monday, January 18, 2010

Blog under construction

Salam kepada semua penghuni maya.
Mohon maaf atas ketidak sempurnaan blog ni. sebab blom jumpa sifu utk buat blog ni.
apa yang saya nk buat dalam blog ni adalah:

-bagi berfungsi "Home", "Post RSS", "Comment RSS", dan "Edit" kat atas tu
-kalau boleh nak edit. xmau nama "Home", "Post RSS", "Comment RSS", dan "Edit" tu
-saya nak buat borang kat blog ni supaya kwn2 saya boleh isi dan saya simpan maklumat depa tu (besaq btoi niat)

stakat ni, tu ja kot. sapa yang reti atau ada maklumat bgtw ya..
(bgtw kt chatbox senang)

~al-faqir ilallah~

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN