Tuesday, January 20, 2009

ADAM DAN KURA-KURA

“…..” membisu sahaja Iqbal ke sana dan ke mari tanpa menghiraukan Adam. Sedari tadi ia asyik cuba memanjat dinding aquarium. Hari ini sahaja sudah 2 kali Adam membersihkan dan menyalin air aquarium tempat tinggalnya Iqbal. Hari ini sahaja, sudah 3 kali Iqbal menerima santapan. Hari ini sahaja sudah tidak terkira berapa banyak kalinya Iqbal menerima kunjungan tuannya Adam. Sungguh pun begitu, Iqbal masih tetap membisu, tidak berterima kasih dan tetap mencari sahaja peluang melarikan diri. Oh Iqbal.. mengapa begitu...?
Adam yang baru berusia 6 tahun amat sayangkan kura-kuranya, Iqbal. Selagi boleh dia nak bahagiakan, kenyangkan dan gembirakan Iqbal ( naseb baek kura-kura jenis yang tak berpakaian, kalau tak...huh).



Tak kisah lah siapa pon Adam. Tak kisah juga siapa lah Iqbal (tak kisah juga lah kalau la ada watak Kak Ros sekali pun), yang penting bukan watak, tapi attitude yang di bawa. Walau Iqbal seekor kura-kura, dan Adam pula baru berusia 6 tahun, tapi ada nilai yang mahal dan kurang disedari.

AKU NAK PERTIKAI
Adam yang kecik tu, sangat menjaga kura2, kenapa ha?
Sedangkan, kura2 tu dahla asyik menyusahkan Adam ja,
Makan banyak, berak banyak, dan lagi dahsyat, asyik nak
lari ja.

Disini lah, nilai kasih sayang wujud. Dan ianya adalah suatu fitrah.
Terbukti bila Adam sahaja sudah pandai melampiaskan perasaannya
(walaupun hanya kepada kura-kura)
Bayangkan, bagaimana sayangnya Allah kepada kita,
Dia yang menciptakan kita, dan Dia tahu seelok belok kita..

~S A Y A N G~
Inilah term nya. Dengan ia lah, hidupnya kita di muka bumi.
Sayangnya Allah kepada kita, memberi nikmat dan peluang hidup.
Sayangnya ibu terhadap kita, menjaga dan mendidik sehingga menjadi orang.
Sayangnya ayah kepada kita, bekerja memberi nafkah sehingga kita besar.
Jadi, tanggungjawab kita, salurkan lah KASIH SAYANG ke jalan yang betul
Setelah mana kita tahu siapa yang menyayangi kita.

2 comments:

  1. macam pernah tengok je artikel ni...hemm

    ReplyDelete
  2. yupz. baru kasih sayang manusia.

    belum kasih sayang TUHAN... kan

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN