Wednesday, March 4, 2009

CFS IIUM PJ


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alikum w.b.t.
Sahabat2, di sini ana ingin bawa bersama2 berkongsi perasaan hidup di UIA PJ ni. Nak kongsi semua tu tak la, nak buat perkongsian bentuk program yang ana lalui di sini. InsyaAllah ia boleh memberi sedikit sebanyak gambaran tentang kehidupan di sini. Di akhir penceritaan ini, ana harapkan sahabat2 dapat membuat kesimpulan tahap pemikiran dan gerak kerja di UIA PJ ini dan membandingkan dengan tempat sahabat2 sekarang. Kalau ada yang baek dan berminat, boleh contohi atau jadikan inspirasi, dan kalau tak sempurna, boleh lah tinggalkan komen supaya kita boleh sama2 meningkatkan kemajuan masing2, InsyaAllah.
Program pertama yang ana lalui adalah Taaruf Week, program orientasi bagi semua pelajar baru selama 3 hari. Program ni under pentadbiran UIA, Student’s Activities Depertment (STAD), lebih kurang macam HEP la kalau kat DQ, dan kalau kat Maahad dulu macam HEM. Dikendalikan dengan pelajar2 senior yang terpilih sebagai committee dan fasilitator, Programme Managernya senior ana, Syahid Ibrahim, budak Maahad tu... Mereka ini telah di interview oleh STAD dan telah di kursuskan tugasan masing2 dalam suatu induksi. Jadi, segalanya telah jelas sebelum program. Apa yang ada dalam ‘TAWE’ ni? Yang ana paling ingat adalah jalan2 mengelilingi UIA. Diterangkan ini bangunan sekian dan itu bangunan sekian. Best juga jalan2 berkumpulan (tak campur jantina), di iringi sepasang fasi. Pelbagai talk diberikan; talk pengurusan masa, talk pengenalan department2, dan tak dilupakan ‘talk’ tak rasmi oleh committee2 merangkap senior sebagai penaik semangat dan menambat hati supaya sayangkan UIA ni. Ada juga LDK yang dibuat dalam kelas2, best juga, tapi kebanyakannya dah pernah buat (haha...), layan ja. Seterusnya Malam Kebudayaan. Ada juga. Hmm.. ada dikir barat dan nasyid (Iqnig, group nasyid DQ). Last sekali, majlis penutup ana escape pi tamrin kat Maahad (haha..), jadi, tak tau lah macamna, tapi dengar2 macam best juga, buat kat padang UIA PJ ni. Habis TAWE.
Seterunya Annual General Meeting Engineering Student’s Society, AGM Engenius. Program yang membentangkan segala gerak kerja Engenius kepada ahlinya (yang ramainya student baru ja yang datang), dan perlantikan Main Board dikalangan 1st year melalui permohonan, temuduga, manfiesto dan undian. Permohonan dan temuduga dah di buat sebelum AGM, jadi hanya beberapa orang terpilih akan membuat manifiesto. Ana pun bertanding juga malam tu jawatan Vice Prisident 1, di cabar oleh 3 orang dan menang. Pencabar2 tu sekarang jadi kawan baik ana, depa ni baik dan smart la dalam gerak kerja, ana fikir, kalau lah depa menang sekalipun malam tu, Engenius akan terus gemilang dan pilihan pengundi adalah tepat. 1st time ana bermanifiesto macamtu, kena speaking dan kempen, disaksikan Advisor dan Deputy Head Department of Engineering CFS IIUM. Fuh, cuak kot.. naseb baek la Allah permudahkan dan lepaskan dengan smooth ja. AGM start lpas isya dan habis +-jam 12 malam.
Kita skip2 juga, yang ana nak cerita lagi ni program Festival of Engineering, FESTIVEN yang ana ditaklifkan sebagai Director Programme. Program semiggu ni dikelolakan oleh 1st year sebagai program pertama, di bawah nasihat dan pimpinan 2nd year... (fuh,caring juga sesama kami ni kan). Main Board 1st year terus merangkap Main Board program. Perancangan program ni amatlah best dan berinfomasi bagi ahli Engenius. Walau bagaimanapun, program ni tidak berjaya seperti mana yang dirancang kerana masalah pengurusan dan juga guest yang dijemput kebanyakannya tidak dapat hadir. Maka jadilah program ini agak hambar dan merugikan banyak duit. Ini kena cover balik lepas ni, semoga kami dimurahkan rezeki dan dapat memberi yang terbaek kepada semua ahli Engenius, ameen.
Akhir sekali program Journey to Meca J2M. Program yang paling dahsyat ana rasakan. Dengan bajet sebanyak RM 160K. Yang akan membawa seramai 40 orang ke Meca menunaikan Umrah pada semester akan datang, InsyaAllah.dan yang ni ana nak cerita detail sikit, dan akan ana ceritakan dalam keluaran lepas ni. Tak pa, program ni pun sedang dalam perjalanan dan dah peroleh +-RM 4K. Pasni ana post baru, boleh lah promot sekali untuk sponsor =). Ok, Wassalam

No comments:

Post a Comment

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN