Sunday, June 14, 2009

Maghrib 2 rakaat

Baru-baru ini, ana bersama Hadi Syafiq (mantan rumet) telah mendapat 1 tugas, "membawa panelis forum ke tempat forum"



Butir-butir forum adalah yg macam kat sebelah ni...

Dalam perjalanan pergi, 3 org ja; ana, Hadi dan ustaz Hasrizal.

Kami berhenti di sebuah perhentian RNR, untuk solat.
Ana dan Hadi Syafiq nak buat solat jama'. Mulanya kami (ana, Hadi dan Ustaz Hasrizal) buat solat maghrib (3 rakaat) diimamkan oleh Ustaz Hasrizal.
Lepas tu, Ana terus pergi jadi imam pula sebab Ustaz tak buat jama'.
Ana pon bagi tau lah kepada semua makmum yang ana akan solat isya' 2 rakaat sebab qasar.

Solat pon dimulakan...........sampai 2 rakaat, ana pon bagi salam.

tup.. tup, makmum laen selaen Hadi pon bagi salam juga!!
Mereka solat maghrib 2 rakaat!

______________________________TAMAT_____________________________

sebab apa ya? tak kan semuanya qasar gak sedangkan lepas tu terus mereka beredar..
hemmmm... adakah diri ini bersalah (waduh2) sebab tak brief betol-betol?


Ana pon cerita lah kat ustaz, ustaz kata "memang camtu kat tempat-tempat awam, sebab tu ustaz tak buat jama', sebab complicated sikit"

haaah.. patut laaa..

Setelah difikirkan balek (buat posmotem sendiri), time briefing kat makmum tu sepatutnya ana bagitau lah, "siapa yang buat solat maghrib, kena tambah 1 rakaat lagi sendirian", mungkin masalah tu tak timbul..

moral of the story:
-arahan/taklimat biar jelas/terang
-umat Islam zaman sekarang masalah sikit dalam hal ibadat ni, termasok lah diri ini, yang jadi blur bila makmum buat salah, tak tahu nak bertindak macamna..

Masya'Allah..
begitu lah umat Islam zaman sekarang


[ nak tau siapa Hadi? klik beliau ada koleksi gambar bersama ustaz ]


(kalau nak ke blog ustaz, klik kat gambar ni)

4 comments:

  1. dan berpesan2lah dengan haq dan sabar =D

    ReplyDelete
  2. so,it's our time to let them know..

    ReplyDelete
  3. harap2 org yg berkenaan mendapat kefahaman agama tentang kesalahan tu dan dapat qodho...nak pi cari mmg xmampu den.. =)

    "wahai manusia yg bersembahyang bersamaku hari tu, bacalah blog ni dan ketahuilah bahawa hgpa kena qodho............"

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN