Sunday, June 28, 2009

Rehlah Sg. Kanching


Sejak akhir-akhir ini apa saja yg berlaku rasa nak ja masok dalam blog ni. Ada beberapa faedah:

* promosi aktiviti
* cerita kat member-member
* aktifkan blog ni
* yang penting, mememorikan dalam simpanan internet

so, segala memori taklah ana terlupa dan lost gambar2nya..

(apa-apa lah HAQ)

REHLAH SG KANCHING
27 Jun 2009, Sabtu
8.00 am -5.00 pm
Penyertaan: 32 siswa + 39 siswi = 71 orang (majo orang utara)
Yuran: RM5.00 seorang
Menu: nasi goreng cina + ayam BBQ + air anggur + makanan rapu
Cabaran: kera di Sg Kanching yang ramai!



Bertolak +- 8.00 am, semua tiba di Sg Kanching pada pukul 9.30 am.
Sesampainya di sana, cop 3 tempat;
-tempat berkumpul (main area)
-port siswa (untuk mandi-manda)
-port siswi
then dibuat pembahagian kumpulan untuk memudahkan kawalan.
Ada 4 group siswa dan 4 group siswi. Setiap group ni ada ketuanya, jadi kalau nak panggil or bagaitahu apa-apa just melalui ketua ja

then ramai-ramai bergerak ke port mandi-manda. Beberapa org bersiap menyediakan makanan. Ada yang panggang ayam, bancuh air, potong buah...

kami semua dengan rasa rendah diri dan sopan santun terus memenuhi kolam ruangan mandi-manda. Siswa di tingkat atas, siswi di tingkat bawah (sebab kat bawah kecik dan cetek)
Mandi-manda ni ada dua sesi, pertama sebelum zohor dan kedua selepas zohor.
(yang sebelum zohor tak best sgt dan takda gambaq pon)
Lepas mandi-manda sesi pertama, kami semua pon makan..

nak tengok orang-orang bertauliah panggang ayam?? Ucapan terima kasih banyak-banyak la kat depa ni =)


Shauq, Am, Paan, Hafiz, Syafiq, dan... (ramai la pulak)


lepas makan kami solat dan buat discussion sikit
"Anas nasihatkan kita hendaklah jaga diri kita dan sahabat2 kita, sebab kan, kita hidup kat dunia ni bukan sorang2 (bla bla bla)...."


selesai berdiskusi, kami bergerak ke padang bermain bola. Plan nak maen sesama kami, tup-tup ada mamats Myanmar dok maen.. pastu, diajaklah depa match, MAKA, bertemu lah dua team gergasi MALAYSIA VS MYANMAR!! dengan di pimpin oleh kepten kami, IZANI

kiri: team Malaysia (team Myanmar xpakai baju, xle boh dlm ni nanti jatuh 'thaqofah')
kanan: barisan penyokong setia!


MALAYSIA mendahului dengan 3-1!

lepas maen, terus dengan mandi sesi kedua, yang ni ada gambaQ =)




"sahabat-sahabat semua, demi Islam terus tertegak, kita kena berusaha dan membina kekuatan dari dalam diri kita dulu (bla bla bla).. sekarang ni, JOM KITA BINA MENARA DALAM NI!!"





(akhirnya menara roboh) ~sadis...~

ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن
apa yang diizinkan Allah akan jadi, otherwise takkkan jadi...

nampaknya menara kali ni tak menjadi, semua kena muhasabah balek ni =)

disebabkan hujan pon dah turun waktu tu, kami semua mengambil keptusan untuk balek awal (dalam plan nak balek 5.30, lepas solat asar). Jadi semua bersiap-siap dan tunggu bas. Sementara menunggu bas tu, sempat lagi possing =)




Wah..ramainya.. mestila.. sampai dua biji bas..orang Sabah pon ada bah..





Macam tu lah rehlah kami selama sehari di sana... letih memeng letih, tapi amat bermakna.. tambah2 pulak, ramai yang pergi. Memang best! Bak kata Azam, boleh buat 'senyum cemerlang' (senyum sambil dongak dan kembangkan hidung).

semoga dapatlah diikat ukhwah Islamiah antara kami semua, dan semoga perjalanan ini termasok dalam galakan dari Allah,

'Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurnian Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung' (62:10)
dan,
'orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka"' (3:191)

Ameen...InsyaAllah..

Jazukumullah diucapkan kepada semua yang terlibat dalm menjayakan REHLAH SG KANCHING ini!!


p/s: Akashah, Ku, Azim, Faizi, Ridhwan, Fahmi, dan Fadhli ready untuk ice skating lepas dapat elaun noh.. =)

Tuesday, June 23, 2009

Kembara ke-4 bersama TKS

Sebagai org yang amat berminat dengan arena 'Publisiti', ana telah melebarkan sayap men'capup' ke Perlis baru-baru ini. Butir-butir aktiviti adalah mcm berikut:

Nama Program : Mukhaiyam Jauharil Bari (MJB)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA)
Anjuran : Badan Kerohanian Asrama (BAKA)SMKAA
Tarikh : 19-21 Jun 2009
Penglibatan : Sebagai fasilitator
Sasaran : Pelajar-pelajar tingkatan 2

(macam laporan pulak, tidak mengapa la Haq)

Fasi yang terlibat adalah dari alumni sekolah ni juga, tapi alumni ni jemput la ana dan beberapa orang lagi sahabat bagi meramai dan memeriahkan lagi program..
Kerja kami tak susah pon, tolong bagi penerangan kepada peserta dalam kumpulan masing-masing tentang apa yang pihak urusetia dah rancangkan..

Antara aktivitasnya adalah:
-Ceramah dan kuliah subuh
-Explorace
-Malam Burung Hantu (MBH) + Muhasabah
-LDK

yang ni saja kot yang kami kena cover, yang laen semuanya dah siap dibuat urusetianya dari tingkatan 5 sekolah tu sendiri.. Bagus betol depa ni, berbakat..

Ana amat excited dalam program ni sebagai juru kamera.. slack sikit sebab waktu awal-awal program bateri kamera tak da lagi, time nak buat Malam Burung Hantu baru ada, jadi ana tak kan lepaskan peluang nak post gambaq-gambaq tu dalam ni..





ni lah barisan fasi dan urusetia, ready untuk MBH










ni pon dok tggu masa untuk jadi 'burung hantu'











ni muka-muka peserta yang akan di 'burung hantu'kan











Pengarah Program, Afifi, memeriksa barisan..











aktiviti bermula dengan abg Iqbal bagi tazkirah sikit






para peserta diletakkan di sekitar kawasan perhimpunan sekolah..




kak fasi yang penyayang dan penyabar memimpin adik-adik
"jalan ikot akak ye adek, hat-hati.."












Amalis ni sedang bagi tazkirah sikit,
"ingatlah dari mana asal usul kita adek.."










akhir sekali malam tu di buat solat taubat diimamkan asy syeikh Syafiq Kamil







diringkaskan cerita, esoknya tu majlis penutup..
Kami beberapa orang fasi ni sebenarnya sempat berkelah di Gua Kelam lu sebelum majlis penutup..maklumlah, bukan senang nak sampai perlis dengan kawan-kawan yang dah macam adik-beradik ni :)



....... lorh... gambaq kat Gua Kelam pon nak tengok??
buleh-bulehh.. tak da masalah.. buleh jaaa~



Ana, Shauqi, Ridzham (Am), Syafiq Kamil




(Majdi!! Taqim!! Amirul!! hgpa pi mana?? orang tengah syok-syok berkelah ni..!)










demikian lah pengembaraan Team Kembara Sufi kali ni. Pengembaraan pertama di Pulau Tuba, yang ke-2 dan ke-3 di Perlis ni, tapi tak ada gambaq sgt.. jadi ni ja yg dapat dimuatkan. Semoga kembara ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Buat adik-adik SMKAA yang baca blog ni, jangan lupa contact kami :)
Jazakumullah kepada SMKAA yang telah menjemput kami dalam menjayakan MJB 09 ni...



kiri belakang: Amalis, Shauq, Bidi, Haq, Kudin, A.Hisyam, A.Iqbal
kiri depan: Afifi, Mus, Ikram (Am), Ridzham (Am), Syafiq Kamil

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~

Sunday, June 14, 2009

Maghrib 2 rakaat

Baru-baru ini, ana bersama Hadi Syafiq (mantan rumet) telah mendapat 1 tugas, "membawa panelis forum ke tempat forum"



Butir-butir forum adalah yg macam kat sebelah ni...

Dalam perjalanan pergi, 3 org ja; ana, Hadi dan ustaz Hasrizal.

Kami berhenti di sebuah perhentian RNR, untuk solat.
Ana dan Hadi Syafiq nak buat solat jama'. Mulanya kami (ana, Hadi dan Ustaz Hasrizal) buat solat maghrib (3 rakaat) diimamkan oleh Ustaz Hasrizal.
Lepas tu, Ana terus pergi jadi imam pula sebab Ustaz tak buat jama'.
Ana pon bagi tau lah kepada semua makmum yang ana akan solat isya' 2 rakaat sebab qasar.

Solat pon dimulakan...........sampai 2 rakaat, ana pon bagi salam.

tup.. tup, makmum laen selaen Hadi pon bagi salam juga!!
Mereka solat maghrib 2 rakaat!

______________________________TAMAT_____________________________

sebab apa ya? tak kan semuanya qasar gak sedangkan lepas tu terus mereka beredar..
hemmmm... adakah diri ini bersalah (waduh2) sebab tak brief betol-betol?


Ana pon cerita lah kat ustaz, ustaz kata "memang camtu kat tempat-tempat awam, sebab tu ustaz tak buat jama', sebab complicated sikit"

haaah.. patut laaa..

Setelah difikirkan balek (buat posmotem sendiri), time briefing kat makmum tu sepatutnya ana bagitau lah, "siapa yang buat solat maghrib, kena tambah 1 rakaat lagi sendirian", mungkin masalah tu tak timbul..

moral of the story:
-arahan/taklimat biar jelas/terang
-umat Islam zaman sekarang masalah sikit dalam hal ibadat ni, termasok lah diri ini, yang jadi blur bila makmum buat salah, tak tahu nak bertindak macamna..

Masya'Allah..
begitu lah umat Islam zaman sekarang


[ nak tau siapa Hadi? klik beliau ada koleksi gambar bersama ustaz ]


(kalau nak ke blog ustaz, klik kat gambar ni)

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN