Wednesday, January 27, 2010

MATANG???

"Hang tak matang gi aq..", kata Syafiq Kamil

"Budak-budak lagi...", kata umi

"Hang cuba pikiaq dalam sikit, biaq lambat sikit tapi tak menyesai..", kata Abg Hadi

"Enta tak matang lagi..", kata Kak Sufi

........................................................

dan banyak lagi ayat2 seumpama ini yang sering aku terima (huhu)..
Btoi ka aku tak matang lagi??
Nak tau juga apa lah sangat matang ni, sampaikan aku belom mencapai nya..

(kalau salah tlg betulkan)

1. Kamus dewan
-sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua (bkn buah-buahan dll).
-sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu

2. Matang Akal (mumaiyiz, minimum requirement untuk jadi imam)
-tahu membezakan yg mana baek dan yang mana buruk.

3. Matang untuk dikira Mukallaf
-paling lewat untuk seseorang lelaki ialah pada umur 15 tahun, pada umur ini sudah dikira matang dari segi umurnya dan sudah jatuh wajib ke atasnya sebarang kewajipan kepada mukallafin.

4. Matang dalam meeting
-apabila sesuatu cadangan / usul tu dah dibahas puas2. Dilihat apa punca masalahnya, apa kesan baek dari usul tersebut, kesan buruknya, dan apa pendapat orang yang lebih berpengalaman.

5. Laen2 matang yang ku fikirkan
-muka serius lah kalau lawak sikit2 tu..
-tak cakap merapu atau tak berfaedah..
-tak kalut atau tergesa2 (cool)
-tak maen game
-banyak info am
-boleh bergaul dengan orang dewasa, tak da lah kelu lidah tu..

hmmm...

Jika ciri-ciri dan takrif matang tu dipadankan dengan diriku ini, ia tidak ubah seperti RikishiPhatu pakai baju aku, tak padan!

Aku
-selalunya buat sesuatu tanpa fikir panjang
-selalu bercakap lagho (tak berfaedah)
-tidak menepati janji, alasannya sangat tak dapat diterima, "terlupa!". (yala, asyik merapu, memang lupa)
-selalu sangat bergurau, sampai boleh 'mengancam keselamatan negara', hurt the others..
-selalu nak yang gempak2 ja, mewah2, pada hal duit masih ditanggung lagi.. ish2..


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak catat semua. Semua ini ku catatkan di sini ada sebab. Ada tujuan. Secara umumnya, ketahui lah pembaca sekalian, when people expect us better then we can be, it was very pressure. Catatan ini juga ku catatkan dengan memikirkan beberapa perkara:

- Kena tambah ilmu
- Kena kurangkan cakap (huhu..susah yg ni)
- Kena berjimat (susah juga)
- Kena..............................eh cukup2, nak try yang ni dulu!!

Ada satu kesimpulan yang nak ku catatkan di sini,
AKU BELOM CAPAI KEMATANGAN... (syahdunya declaration ni)

Dan ada satu humble request
MAAFKAN AKU BAGI YANG EXPECT TINGGI SANGAT, I'M SORRY

4 comments:

  1. Sama la ngan aku. Tak matang-matang lagi dari sesetengah sudut.

    ReplyDelete
  2. tuk mencapai kematangan bkn skdr berckp
    tp perlu dicapai dengan usaha dan amalan yang berterusan..
    dengan pengalaman yang tak terhitung..
    ~slmt berjaya~

    ReplyDelete
  3. tu lah mat, lambat lagi nak matang ni, muslimat xda masalah, depa cepat matang. (rasanya faktor utama adalah perasaan malu)

    To durakhyar, pengalaman yang tak terhitung tu, agak objektif

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN