Wednesday, March 24, 2010

Jenuh Kepong budak DQ

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Sahabat-sahabat seDQ Persijilan, sama ada yang masih di DQ, di CFS, di main camp, dah grade mahu pon yang sudah keluar dari program ini ke program sendiri... Doaku moga kita semua masih ada Quran di dada walaupon sedikit, dan ada mujahadah untuk mengekalkan hafalan tu..

Bukan senang nak hafal, 18 bulan kita bersengkang mata baca berulang kali, ulang dan ulang, tasmi', ulang, kena denda dek xlancar dan segalanya tu, sia-sia saja kah? Termasuk lah diri ini yang juga lemah ingatan dan mujahadah.. Allahummaghfirli waghfir zunubi..

Sekarang sudah generasi ke-11 yang bertapak di DQ, maknanya dah 11 tahun lah program ini.. Ucapan penghargaan kepada Dr. Sidek Baba dan ahli panel yang terlibat dalam mewujudkan program ini.. Apa yang pesertanya dapat?? banyak..
-kehidupan yang kondusif selama 18 bulan di DQ
-kemahiran membaca dan mengingat Quran
-hidup sebagai hamlatul quran
-kawan-kawan dan kenalan yang ramai
-tempat di sisi Allah insyaAllah, Allahummaj'alna minha

tapi,

Ketahuilah, program ni bukan dibuat percuma dan tiada bermatlamat. Term "Huffaz Teknokrat" selalu dan biasa dah di telinga kita kan.. Tinggi sungguh matlamat program ni kan.. Nak lahirkan graduan / insan yang celik akademik dan profesional, bukan tu sahaja, kalau yang tu sahaja dah ramai pon, yang namanya Ah Chong pon dah ada, tapi ini nak yang ada quran di dadanya. Yang tahu agama itu di mana tempatnya. Yang tahu protokol dengan Allah itu macam mana.. hmm..

sesungguhnya,

Perlu ada bimbingan dan pemerhatian yang cukup ketat untuk hasilkan produk macam tu. Macam-macam kena dibuat termasuklah mungkin kelas tasmi' (wajib dah) yang berterusan walaupon lepas DQ, penglibatan dalam pertandingan hafazan, imam masjid, qari tilawah quran, subjek tafsir, subjek ulum quran dan many more..

tapi,

Bukan senang.. kita ini ada plan masing-masing dah.. sama macam orang yang tak ikot program persijilan ni jugak lah.. hmm... sedangkan program ini perlu ada pembuktian bagi melihat keberkesanan nya. Katakan pengambilan setahun adalah 200 orang, maknanya sekarang sudah 2000 orang yang sudah keluar dari DQ (tak termasuk gen11). Dan dalam 200 orang  setiap tahun tu, hampir 50 orang keluar/quit sebelum tamat hafal 30 juzuk di DQ. Dan dalam lebih kurang 150 orang yang tinggal tu, hampir 50 orang pula yang tak sambung ke uia + tukar kos ke art programme.. makanya, tinggal lah lebih kurang 100 orang yang masih bersama dengan program ni. Totalnya, hampir 1000 orang memandangkan sudah 10 batch.

Pelaburan untuk program ni
setiap orang
di DQ +- RM500/bulan selama 18 bulan = RM9000
di CFS +- RM1200/sem selama 4 sem = RM4800
jumlah untuk seorang = RM13800
di darabkan dengan 1000 orang = RM 13,800,000 (eh, baru 13 juta lebih sikit)

fuh, banyak juga tu, hari ni baru try kira sebenarnya, itu pon secara anggaran kasar ja. Belum campur bagi sahabat-sahabat yang 'SERIBU' lagi tu~. Belum campur bayaran bagi kelas tasmi' di CFS yang dengar banyak juga dilaburkan. Semuanya ini sebab apa sahabat-sahabat?? Demi mancapai matlamat program persijilan DQ-UIAM. Nak melahirkan "Huffaz Teknokrat".

"~tuhanku, Engkau maksudku, keredhaanMu ku tuntut, tiada yang lain~"

4 comments:

  1. sat haq, asal 6 sem kt cfs y dpt duit? dpt duit long sem je kn. 4 sem... ?

    ReplyDelete
  2. tak pernah kira pun duit tuh,

    terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  3. persijilan tahfiz,

    satu tindakan perlu di ambil oleh semua pihak u melhat prgam ni bkn sekadar "melepas batuk di tangga", bahkan mmpu mecapai matlamat akhirnye iaitu melahirkan teknokrat huffaz..

    amat2 rugi bila mana melihat batch2 persijilan yg da grad uia, bertebaran bekerja, berkahwin, tnpa ad follow up baik d peringkat organizer program persijilan mahu pun sesama sendiri


    "kita sebenarnya kuat andai kita bersatu"

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN