-Sudah ramai yang tidak menutup aurat
-Sudah ramai yang mencarut
Ada lagi perkara-perkara lain yang wujud, tapi saya nak ketengahkan perakara ini.
1)Aurat adalah bahagian anggota badan yang wajib ditutup.
Lelaki = Bermula dari pusat hingga ke lutut.
Perempuan = Semua anggota badan kecuali pergelangan tangan dan muka.
Tidak dapat tidak kena tutup. Ingin saya tekankan bagi kaum lelaki, walaupun sesama lelaki, aurat anda tetap sama, tidak boleh buka. Tapi masih ramai lagi yang dengan selamba pakai seluar pendek, yang kadang-kadang dengan bangganya menayangkan lutut dan pusat.
Bagi kaum hawa pulak, kena tutup semua bahagian termasuk tidak boleh menampakkan bentuk tubuh. Memakai selendang sebagai tudung tidak akan menutup bentuk. Memang lah tutup kulit, tapi masih nampak bentuknya, ini yang nabi katakan berpakaian tapi telanjang, tidak sempurna.
Saya ingin bagi formula kepada semua sebagai panduan berpakaian, mudah sahaja
PAKAILAH PAKAIAN YANG MANA KITA BOLEH TERUS SOLAT DENGAN PAKAIAN TERSEBUT.
Mudah kan? Kalau pakai seluar pendek, adakah kita dengan bangga boleh ke sejadah menunaikan solat? sudah tentu kita kena tukar dengan pakaian yang sempurna, baru boleh solat, maka pakaian berseluar pendek tadi bukanlah betul.
2) Mencarut sentiasa di mulut. Allah berfirman,
"ingatlah aku, nescaya aku akan ingat kamu, dan bersyukurlah dan jangan ingkar".. (al-baqarah: 152)
Ini yang sepatutnya anak-anak muda sekarang buat (ingat kpd Allah). Tapi apa yang silapnya, selalu sahaja mencarut sepertinya mencarut itu zikir hariannya. Bila melatah juga keluar mencarut. Kawan-kawan, kalau kita buat selalu, ia akan jadi tabiat dan kita tidak akan lagi rasa bersalah. Periksa diri masing-masing adakah rasa bersalah semasa mencarut? Kalau tidak rasa bersalah, kena banyak bertaubat dan mulakan tabiat baru yang diredhai Allah; berzikir.
Formula untuk tidak mencarut ni mudah sahaja,
SETIAP KALI KTA BERTUTUR, BAYANGKAN KITA BERTUTUR DGN AYAH KITA.
(kalo ckp dgn ayah pon maki dan mencarut juga, berat....)
Bila perkara asas dikuatkan, maka kita boleh kuat kembali.. bangun lah demi Islam!
Salam...
ReplyDeleteHaq, ang punya formula tu cukup bernas naaa....
ha... aku buat research kot nak dapat formula tuu.. =)
ReplyDeleteKawan ana pernah cakap, lelaki atau perempuan yang pakai ketat ni mcm tak pakai apa2, tapi dia lumur cat kat badan dia.
ReplyDeleteapa khabar, Haq? ^_^