Sunday, June 28, 2009

Rehlah Sg. Kanching


Sejak akhir-akhir ini apa saja yg berlaku rasa nak ja masok dalam blog ni. Ada beberapa faedah:

* promosi aktiviti
* cerita kat member-member
* aktifkan blog ni
* yang penting, mememorikan dalam simpanan internet

so, segala memori taklah ana terlupa dan lost gambar2nya..

(apa-apa lah HAQ)

REHLAH SG KANCHING
27 Jun 2009, Sabtu
8.00 am -5.00 pm
Penyertaan: 32 siswa + 39 siswi = 71 orang (majo orang utara)
Yuran: RM5.00 seorang
Menu: nasi goreng cina + ayam BBQ + air anggur + makanan rapu
Cabaran: kera di Sg Kanching yang ramai!



Bertolak +- 8.00 am, semua tiba di Sg Kanching pada pukul 9.30 am.
Sesampainya di sana, cop 3 tempat;
-tempat berkumpul (main area)
-port siswa (untuk mandi-manda)
-port siswi
then dibuat pembahagian kumpulan untuk memudahkan kawalan.
Ada 4 group siswa dan 4 group siswi. Setiap group ni ada ketuanya, jadi kalau nak panggil or bagaitahu apa-apa just melalui ketua ja

then ramai-ramai bergerak ke port mandi-manda. Beberapa org bersiap menyediakan makanan. Ada yang panggang ayam, bancuh air, potong buah...

kami semua dengan rasa rendah diri dan sopan santun terus memenuhi kolam ruangan mandi-manda. Siswa di tingkat atas, siswi di tingkat bawah (sebab kat bawah kecik dan cetek)
Mandi-manda ni ada dua sesi, pertama sebelum zohor dan kedua selepas zohor.
(yang sebelum zohor tak best sgt dan takda gambaq pon)
Lepas mandi-manda sesi pertama, kami semua pon makan..

nak tengok orang-orang bertauliah panggang ayam?? Ucapan terima kasih banyak-banyak la kat depa ni =)


Shauq, Am, Paan, Hafiz, Syafiq, dan... (ramai la pulak)


lepas makan kami solat dan buat discussion sikit
"Anas nasihatkan kita hendaklah jaga diri kita dan sahabat2 kita, sebab kan, kita hidup kat dunia ni bukan sorang2 (bla bla bla)...."


selesai berdiskusi, kami bergerak ke padang bermain bola. Plan nak maen sesama kami, tup-tup ada mamats Myanmar dok maen.. pastu, diajaklah depa match, MAKA, bertemu lah dua team gergasi MALAYSIA VS MYANMAR!! dengan di pimpin oleh kepten kami, IZANI

kiri: team Malaysia (team Myanmar xpakai baju, xle boh dlm ni nanti jatuh 'thaqofah')
kanan: barisan penyokong setia!


MALAYSIA mendahului dengan 3-1!

lepas maen, terus dengan mandi sesi kedua, yang ni ada gambaQ =)




"sahabat-sahabat semua, demi Islam terus tertegak, kita kena berusaha dan membina kekuatan dari dalam diri kita dulu (bla bla bla).. sekarang ni, JOM KITA BINA MENARA DALAM NI!!"





(akhirnya menara roboh) ~sadis...~

ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن
apa yang diizinkan Allah akan jadi, otherwise takkkan jadi...

nampaknya menara kali ni tak menjadi, semua kena muhasabah balek ni =)

disebabkan hujan pon dah turun waktu tu, kami semua mengambil keptusan untuk balek awal (dalam plan nak balek 5.30, lepas solat asar). Jadi semua bersiap-siap dan tunggu bas. Sementara menunggu bas tu, sempat lagi possing =)




Wah..ramainya.. mestila.. sampai dua biji bas..orang Sabah pon ada bah..





Macam tu lah rehlah kami selama sehari di sana... letih memeng letih, tapi amat bermakna.. tambah2 pulak, ramai yang pergi. Memang best! Bak kata Azam, boleh buat 'senyum cemerlang' (senyum sambil dongak dan kembangkan hidung).

semoga dapatlah diikat ukhwah Islamiah antara kami semua, dan semoga perjalanan ini termasok dalam galakan dari Allah,

'Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurnian Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung' (62:10)
dan,
'orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka"' (3:191)

Ameen...InsyaAllah..

Jazukumullah diucapkan kepada semua yang terlibat dalm menjayakan REHLAH SG KANCHING ini!!


p/s: Akashah, Ku, Azim, Faizi, Ridhwan, Fahmi, dan Fadhli ready untuk ice skating lepas dapat elaun noh.. =)

8 comments:

  1. assalamualaikum..
    bez r tgok sg kanching..
    lepas ni GATE plak yg akan conquer tmpt tu...
    hahahahahaha..
    IMIU akan kecundang...
    hehehehehe..
    jgn mara neh...

    ReplyDelete
  2. masyaALLAH.
    Mantop2 junior2 imiu sekalian.
    teruskan perjuangan kalian.
    hidupkan kewujudan imiu biarpun banyak mehnah dan tribulasi yang menimpa.
    siiru ala barokatillah.
    TAKBIR!!

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam w.b.t.
    haiqal, IMIU dah spray kat semua batu-bata Sg Kanching laaa...
    THIS IS IMIU TERRITORY!!
    haha2..

    to Aesyahumaira,
    InsyaAllah, stakat termampu =)

    tapi kan.... Majdi (kepala IMIU) xp pon hari tu.dy jelez gila tgk gambaq2 rehlah.. therefore, katanya nak buat 1 lagi rehlah yg 3biji bas pulak!!

    (haha2, JOM majdi JOM)

    ReplyDelete
  4. ala.. nak jugak ikot.. bestnye korang!!! hahahahaha

    ReplyDelete
  5. wow...bestnye g sgai knching!
    indahnye alam ciptaan Tuhan...

    hari tu ade org offer gak ajak g (wlupon bkn utagha)...
    tp takde elaun lg la~kih3x

    ReplyDelete
  6. actually nak buat untuk budak utagha sja, tapi at last xcukup org.. jadi open la kat semua, so xkisah lah klw yg bukan utgha pon... len kali jgn segan2 / malu / saving2 sgt :)

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN