Sunday, October 4, 2009

Hak Muslim, Pelajar, Pejuang



Kenangan semasa raya lepas.. tapi slek nya gambar ni, saya yg duduk di kerusi tu instead of my grandfather..ish2, tak patot btol..

actually gambar ni diambil secara kelam kabut dan tak terancang, jadi saya yang datang last2 minute sekali terus bawa kerusi utk duduk di depan sekali, supaya tak lindung yang laen.. =)

apa pon, waktu dapat berkumpul mcmni, memang sangat sangat seronok..

Monday, August 31, 2009

Usraty Mahbubah

Abang aku balek dari Mesir!!



Bagi member2 Ahmad Noor Hadi yg sangat nak jumpa dgn beliau, sila lah menghubungi beliau di no 0133525086





Al-kisah..
Sebenarnya ingin ku perkenalkan ahli keluargaku secara 'syumul' kepada sahabat2 yg mengenali diri ini.. tapi, tak semua yang dapat ku perkenalkan dekat sini, sebab sorang lagi adikku tu tengah busy bekerja..

Walaubagaimana pon,

ما لا يدرك كله لا يترك كله


apa yang kita tak dapat buat semua, jgn tinggal semua kan..







this is my father,
I call him 'ABAH'..

this is my mother,
I call her 'MAK'









this is my Pak Su,
I call him 'AYAH'

this is my Mak Su,
I call her 'UMI'




Then is my sibling's part

1) Ahmad Noor Hadi
Lahir pada 1986
Belajar:
Ijazah Syari'ah al-Azhar Mesir




2) Ahmad Dziaulhaq
Lahir pada 1989
Belajar:
Asasi ICT, UIAM







3) Ahmad Dziauddin
Lahir pada 1990
Bekerja:
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kelantan






4) Abu Qohafah
Lahir pada 1991
Belajar:
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Maktab Mahmud Alor Star


5) Zahirul Arif
Lahir pada 1994
Belajar:
PMR Maktab Mahmud







tidak dilupakan watak penting juga dalam keluargaku


Azlina (anak Mak Njang ku)
Guru di SK Hj Hassan Itam

Rahisham (suaminya)
3rd Engineer MISC


kami tinggal sebumbung sejak dari K.Na aku ni sekolah menengah sampai sekarang..



Cerita tentang diri ku ini telah ku coretkan pada posting pertama, REGISTRATION

Raya tahun ni dekat dengan exam =(
walaubagaimana pon rasa amat bersyukur sebab dapat berkumpul ramai2 semua adik beradik kandung ada! InsyaAllah.. (excited)

Sekian memperkenalkan familyku.

Sunday, June 28, 2009

Rehlah Sg. Kanching


Sejak akhir-akhir ini apa saja yg berlaku rasa nak ja masok dalam blog ni. Ada beberapa faedah:

* promosi aktiviti
* cerita kat member-member
* aktifkan blog ni
* yang penting, mememorikan dalam simpanan internet

so, segala memori taklah ana terlupa dan lost gambar2nya..

(apa-apa lah HAQ)

REHLAH SG KANCHING
27 Jun 2009, Sabtu
8.00 am -5.00 pm
Penyertaan: 32 siswa + 39 siswi = 71 orang (majo orang utara)
Yuran: RM5.00 seorang
Menu: nasi goreng cina + ayam BBQ + air anggur + makanan rapu
Cabaran: kera di Sg Kanching yang ramai!



Bertolak +- 8.00 am, semua tiba di Sg Kanching pada pukul 9.30 am.
Sesampainya di sana, cop 3 tempat;
-tempat berkumpul (main area)
-port siswa (untuk mandi-manda)
-port siswi
then dibuat pembahagian kumpulan untuk memudahkan kawalan.
Ada 4 group siswa dan 4 group siswi. Setiap group ni ada ketuanya, jadi kalau nak panggil or bagaitahu apa-apa just melalui ketua ja

then ramai-ramai bergerak ke port mandi-manda. Beberapa org bersiap menyediakan makanan. Ada yang panggang ayam, bancuh air, potong buah...

kami semua dengan rasa rendah diri dan sopan santun terus memenuhi kolam ruangan mandi-manda. Siswa di tingkat atas, siswi di tingkat bawah (sebab kat bawah kecik dan cetek)
Mandi-manda ni ada dua sesi, pertama sebelum zohor dan kedua selepas zohor.
(yang sebelum zohor tak best sgt dan takda gambaq pon)
Lepas mandi-manda sesi pertama, kami semua pon makan..

nak tengok orang-orang bertauliah panggang ayam?? Ucapan terima kasih banyak-banyak la kat depa ni =)


Shauq, Am, Paan, Hafiz, Syafiq, dan... (ramai la pulak)


lepas makan kami solat dan buat discussion sikit
"Anas nasihatkan kita hendaklah jaga diri kita dan sahabat2 kita, sebab kan, kita hidup kat dunia ni bukan sorang2 (bla bla bla)...."


selesai berdiskusi, kami bergerak ke padang bermain bola. Plan nak maen sesama kami, tup-tup ada mamats Myanmar dok maen.. pastu, diajaklah depa match, MAKA, bertemu lah dua team gergasi MALAYSIA VS MYANMAR!! dengan di pimpin oleh kepten kami, IZANI

kiri: team Malaysia (team Myanmar xpakai baju, xle boh dlm ni nanti jatuh 'thaqofah')
kanan: barisan penyokong setia!


MALAYSIA mendahului dengan 3-1!

lepas maen, terus dengan mandi sesi kedua, yang ni ada gambaQ =)




"sahabat-sahabat semua, demi Islam terus tertegak, kita kena berusaha dan membina kekuatan dari dalam diri kita dulu (bla bla bla).. sekarang ni, JOM KITA BINA MENARA DALAM NI!!"





(akhirnya menara roboh) ~sadis...~

ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن
apa yang diizinkan Allah akan jadi, otherwise takkkan jadi...

nampaknya menara kali ni tak menjadi, semua kena muhasabah balek ni =)

disebabkan hujan pon dah turun waktu tu, kami semua mengambil keptusan untuk balek awal (dalam plan nak balek 5.30, lepas solat asar). Jadi semua bersiap-siap dan tunggu bas. Sementara menunggu bas tu, sempat lagi possing =)




Wah..ramainya.. mestila.. sampai dua biji bas..orang Sabah pon ada bah..





Macam tu lah rehlah kami selama sehari di sana... letih memeng letih, tapi amat bermakna.. tambah2 pulak, ramai yang pergi. Memang best! Bak kata Azam, boleh buat 'senyum cemerlang' (senyum sambil dongak dan kembangkan hidung).

semoga dapatlah diikat ukhwah Islamiah antara kami semua, dan semoga perjalanan ini termasok dalam galakan dari Allah,

'Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurnian Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung' (62:10)
dan,
'orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka"' (3:191)

Ameen...InsyaAllah..

Jazukumullah diucapkan kepada semua yang terlibat dalm menjayakan REHLAH SG KANCHING ini!!


p/s: Akashah, Ku, Azim, Faizi, Ridhwan, Fahmi, dan Fadhli ready untuk ice skating lepas dapat elaun noh.. =)

Tuesday, June 23, 2009

Kembara ke-4 bersama TKS

Sebagai org yang amat berminat dengan arena 'Publisiti', ana telah melebarkan sayap men'capup' ke Perlis baru-baru ini. Butir-butir aktiviti adalah mcm berikut:

Nama Program : Mukhaiyam Jauharil Bari (MJB)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (SMKAA)
Anjuran : Badan Kerohanian Asrama (BAKA)SMKAA
Tarikh : 19-21 Jun 2009
Penglibatan : Sebagai fasilitator
Sasaran : Pelajar-pelajar tingkatan 2

(macam laporan pulak, tidak mengapa la Haq)

Fasi yang terlibat adalah dari alumni sekolah ni juga, tapi alumni ni jemput la ana dan beberapa orang lagi sahabat bagi meramai dan memeriahkan lagi program..
Kerja kami tak susah pon, tolong bagi penerangan kepada peserta dalam kumpulan masing-masing tentang apa yang pihak urusetia dah rancangkan..

Antara aktivitasnya adalah:
-Ceramah dan kuliah subuh
-Explorace
-Malam Burung Hantu (MBH) + Muhasabah
-LDK

yang ni saja kot yang kami kena cover, yang laen semuanya dah siap dibuat urusetianya dari tingkatan 5 sekolah tu sendiri.. Bagus betol depa ni, berbakat..

Ana amat excited dalam program ni sebagai juru kamera.. slack sikit sebab waktu awal-awal program bateri kamera tak da lagi, time nak buat Malam Burung Hantu baru ada, jadi ana tak kan lepaskan peluang nak post gambaq-gambaq tu dalam ni..





ni lah barisan fasi dan urusetia, ready untuk MBH










ni pon dok tggu masa untuk jadi 'burung hantu'











ni muka-muka peserta yang akan di 'burung hantu'kan











Pengarah Program, Afifi, memeriksa barisan..











aktiviti bermula dengan abg Iqbal bagi tazkirah sikit






para peserta diletakkan di sekitar kawasan perhimpunan sekolah..




kak fasi yang penyayang dan penyabar memimpin adik-adik
"jalan ikot akak ye adek, hat-hati.."












Amalis ni sedang bagi tazkirah sikit,
"ingatlah dari mana asal usul kita adek.."










akhir sekali malam tu di buat solat taubat diimamkan asy syeikh Syafiq Kamil







diringkaskan cerita, esoknya tu majlis penutup..
Kami beberapa orang fasi ni sebenarnya sempat berkelah di Gua Kelam lu sebelum majlis penutup..maklumlah, bukan senang nak sampai perlis dengan kawan-kawan yang dah macam adik-beradik ni :)



....... lorh... gambaq kat Gua Kelam pon nak tengok??
buleh-bulehh.. tak da masalah.. buleh jaaa~



Ana, Shauqi, Ridzham (Am), Syafiq Kamil




(Majdi!! Taqim!! Amirul!! hgpa pi mana?? orang tengah syok-syok berkelah ni..!)










demikian lah pengembaraan Team Kembara Sufi kali ni. Pengembaraan pertama di Pulau Tuba, yang ke-2 dan ke-3 di Perlis ni, tapi tak ada gambaq sgt.. jadi ni ja yg dapat dimuatkan. Semoga kembara ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Buat adik-adik SMKAA yang baca blog ni, jangan lupa contact kami :)
Jazakumullah kepada SMKAA yang telah menjemput kami dalam menjayakan MJB 09 ni...



kiri belakang: Amalis, Shauq, Bidi, Haq, Kudin, A.Hisyam, A.Iqbal
kiri depan: Afifi, Mus, Ikram (Am), Ridzham (Am), Syafiq Kamil

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~

Sunday, June 14, 2009

Maghrib 2 rakaat

Baru-baru ini, ana bersama Hadi Syafiq (mantan rumet) telah mendapat 1 tugas, "membawa panelis forum ke tempat forum"



Butir-butir forum adalah yg macam kat sebelah ni...

Dalam perjalanan pergi, 3 org ja; ana, Hadi dan ustaz Hasrizal.

Kami berhenti di sebuah perhentian RNR, untuk solat.
Ana dan Hadi Syafiq nak buat solat jama'. Mulanya kami (ana, Hadi dan Ustaz Hasrizal) buat solat maghrib (3 rakaat) diimamkan oleh Ustaz Hasrizal.
Lepas tu, Ana terus pergi jadi imam pula sebab Ustaz tak buat jama'.
Ana pon bagi tau lah kepada semua makmum yang ana akan solat isya' 2 rakaat sebab qasar.

Solat pon dimulakan...........sampai 2 rakaat, ana pon bagi salam.

tup.. tup, makmum laen selaen Hadi pon bagi salam juga!!
Mereka solat maghrib 2 rakaat!

______________________________TAMAT_____________________________

sebab apa ya? tak kan semuanya qasar gak sedangkan lepas tu terus mereka beredar..
hemmmm... adakah diri ini bersalah (waduh2) sebab tak brief betol-betol?


Ana pon cerita lah kat ustaz, ustaz kata "memang camtu kat tempat-tempat awam, sebab tu ustaz tak buat jama', sebab complicated sikit"

haaah.. patut laaa..

Setelah difikirkan balek (buat posmotem sendiri), time briefing kat makmum tu sepatutnya ana bagitau lah, "siapa yang buat solat maghrib, kena tambah 1 rakaat lagi sendirian", mungkin masalah tu tak timbul..

moral of the story:
-arahan/taklimat biar jelas/terang
-umat Islam zaman sekarang masalah sikit dalam hal ibadat ni, termasok lah diri ini, yang jadi blur bila makmum buat salah, tak tahu nak bertindak macamna..

Masya'Allah..
begitu lah umat Islam zaman sekarang


[ nak tau siapa Hadi? klik beliau ada koleksi gambar bersama ustaz ]


(kalau nak ke blog ustaz, klik kat gambar ni)

Tuesday, May 26, 2009

WELCOME TO ALL NEW CFS STUDENTS!!

Selamat Datang ke Taman Ilmu dan Budi,
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)

اهلا وسهلا ومرحبا بكم

TA'ARUF PROGRAMME 25TH -28TH MAY 2009


sedikit pesanan buat adik2/junior2 yang baru masuk:

1) jaga solat
2) pandai2 cari kawan
3) jangan hidup berkelompok satu sekolah sahaja
4) jangan merokok
5) jangan ber'couple'
6) hormati orang lebih tua, sayangi orang lebih muda.

semoga semuanya mendapat manfaat di sini, insyaAllah..
sekian,

PUBLICITY and PROTOCOL TA'ARUF PROGRAMME 09/10
pubpro2~
pubpro2~
pubpro2~ gomo kito gomo!

Sunday, May 17, 2009

Adik2 seAqidah

Dulu time kt DQ ana ada dapat adik2.
betapa takotnya ketika itu sebab risau adik2 ni jadi lebih xbaek selepas
'jatuh ke tangan'ku..
Adik2 ni ana perolehi daripada kerjaya sebagai naqib la..
di taklifkan sebagai naqib bukan kerja mudah..
banyak perkara kena ambil penting.
Apa yang ana dah lalui dan jalankan, sekarang hanya tinggal kesan. Kalau baek dan btul kerja yang ana buat dan diterima Allah, dan adik2 ni pun menerima tarbiyah yang tak seberapa ni, maka baek lah kesan nya.......


adik2 ana tu;
Majid (tak sihat),
Ijlal (slumber),
Arislan (cyber),
Shahid (tok guru),
Luqman (phsyco),
Fahmi (semangat)
Razani (rajin)

tak dilupakan,
Syaukani (partner naqib)

(ni syarikat apa tah depa dah buat sekarang)

bukan sekarang keputusannya.. kita tengok lah kesannya.. InsyaAllah pada akhir hayat, jika tidak jumpa di dunia, c u d akhirat... Kerana penilaian sebenar dilihat pada kesudahan sesuatu itu.
Ana doakan semua adik2 ana kekal thabat dalam cara hidup yang soleh..

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Guru

Pejam celik pejam celik, hampir setahun aku meninggalkan bumi barakah Darul Quran....
Tidak dapat dinafikan pelbagai mehnah & tribulasi dihadapi ketika menuntut di sana...

Ustaz Norazli Mazlan...guru tasmi' merangkap murabbi dan motivator yg tidak dpt dilupakan... Selama 3 semester beliau mentasmi' bacaanku..bermula dr Al-Fatihah sehinggan An-Nas... Push up, berdiri waktu kelas, berdiri di hadapan mimbar masjid, antara denda yg perlu dihadapi sebelum menggalas amanah sbg hafizul quran...

Acap kali kami sekelas menyakitkan hati ustaz...Acapkali juga kami tidak dapat mencapai target tasmi' yg diamanahkan oleh ustaz... Sehingga ustaz pernah berkata "Ustaz x kn hadir majlis konvokesyen ntum"....Allahuakbar...Tapi,sebaliknya, ustaz masih hadir utk meraikan kami sbg anak murid ustaz...

Ustaz Norazli merupakan ustaz yg amat2 tegas dlm disiplin.. Beberapa peraturan diwujudkan supaya kami lebih berdisiplin dlm mghafal Al-Quran.. Antaranya, sesiapa sampai kelas selepas beliau,sila berdiri di anjung masjid sehingga dipanggil.. Pastikan hntar 2 muka sblum pkul 9... X ckup 1 muka, push up 10 kali di bilik... Hmmm...bnyk lg,smpai x ingat...

Banyak permasalahan yg tidak dapat kami selesaikan,kami rujuk dgn ustaz.. Alhamdulillah, jawapan yg ustaz berikan, cukup utk memuaskan hati kami...Maklumlah, ustaz dulu exco jgk dalam PERKEMAT kn..hehe





Ketika birthday ustaz yg lalu, kami sempat meraikannya dgn ala kadar..Tapi cukup bermakna...

Teringat ketika hari di mana aku khatam 30 juz Al-Quran,seusai sahaja kami mengaminkan doa yg dibaca oleh Ustaz Norazli, Ustaz menympaikan bbrape p'ingatan kpd ku dan juga saudara Usamah yg khatam serentak dgn ku pd hari tersebut.. tanpa disedari,ustaz mengalirkan air mata menahan sebak,mgkin kerana aku pelajarnya yg pertama khatam 30 juz AlQuran...

Stkt yg aku tahu, ustaz skrg berkhidmat bersama KAGAT.. Semoga ustaz mencapai impian yg ustaz impikan selama ini...

Sempena Hari Guru pada 16Mei ini, saya mengucapkan jutaan kemaafan dan rasa terima kasih sy pd ustaz yg telah mendidikku selama sy berada di bumi Darul Quran..
Syukran ustaz... Jasamu akan dikenang... Smoga Allah memberkati hidup Ustaz...

Salam rindu buat sahabat tasmi': haq,hisham,pokjak,sirap,aidi,amar,syafiq,fatah,loqman,affiq,usamah..x lupe juga fakhrudin,tuan, yusof assiddiq dan soleh...

[petikan diciplak dari blog hamidi]
tq midi ;)

Monday, April 27, 2009

[Kosong]

Tuesday, March 31, 2009

Sedikit laporan lah

Assalamualaikum w.b.t.

setelah mana program di rancang dan diusahakan..akhirnya tiba lah hari nya iaitu 29/3 baru ni..semua ajk amat berdebar2 dgn sambutan dpd pserta.kerisauan nya adalah ttg bilngan peserta yg akn dtg..

permulaannya, 3org pserta yg datang pagi tu..seawal 8am.. tggu lagi..mungkin ada yg dalam perjalanan dan mungkin ada yg nak datang lewat sikit..tggu pnya tunggu,
abg Nazrey Raihan pon dah berada di sofa VIP nya,apa lagi, tepat jam 8.30am sahaja, saya terus mulakan saya punya tugas, mengelolakan majlis tu..


berdiri lah daku di depan para pserta yg hadir..rupanya,sudah berhenti pertambahan peserta..yang hadir hari tu, alhamdulillah, 11org, 5 putra+ 6 putri..

pengendalian abg Nazrey amatlah bertenaga..diselang seli dgn lawak jenaka, nyanyian dan zikir..mmg best..maklumlah,beliau dah biasa acting depan camera,setakat 11 org ni, tiada apa yang akan mematahkan semangatnya..
slot a.Nazrey ni spatutnya 1jam, tapi selamba ja beliau seronok bersama adik2 tu, jadi lah 1 stengah jam..tapi tak mengapa, bisa di atur..


selepas tu,adik2 tu rehat..pukul 11.15am, slot Mentor Perjuangan bersama pengarah program, Azim. pejuang2 seperti Dr. Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Ahmad Yasin dan Syed Qutub diceritakan kepada peserta supaya semangat mereka bertambah.Dibandingkan betapa susahnya mereka berjuang berbanding adik2 yang hanya kena berjuang dengan pensel dan kertas dalam mendapatkan 5A dalam UPSR...

rehat, solat Zohor..

Slot lpas tu, bersama motivator, Abg Amin Idris. dengan ceria melayan karenah dan gelak tawa adik2 ni..saya juga turut terhibur bersama mereka =)..
Abg amin bawa tajuk Panduan Bijak Belajar. bukan sahaja adik2 tu yang boleh guna, saya pon ambil jadikan panduan..



Program di jadualkan tamat jam 5pm. berakhir dengan nyanyian lagu Gemuruh, sedikit ucapan pengarah dan bersalaman.. diharapkan adik2 mendapat input yang diberikan dan berjaya dalam peperiksaan nanti.. Ameen..

Semoga usaha ini dikira amalan soleh dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t..

Sunday, March 15, 2009

Journey To Makkah


Program Journey To Mekah (J2M) yang mensasarkan belanja sebanyak lebih kurang RM120K telah mula digerakkan sejak Disember 2008. Seramai 30 orang pelajar UIA dan 2 orang pengiring akan bertolak menunaikan umrah di Mekah pada semester akan datang. Dalam mendapatkan kewangan sebanyak itu, semua peserta program mesti mengumpul dan bekerja keras dengan pelbagai cara. Antara cara yang digunakan adalah dengan menerima sumbangan dari ahli keluarga terdekat, menjalankan perniagaan, MEMBUAT PROGRAM, dan meminta sponsor. Kemungkinan cara ini akan diperkembang dan ditambah lagi, demi memastikan mencapai target, wang belanjawan sebanyak RM120K pada semester akan datang.

Setakat ini, wang terkumpul adalah sebanyak +- RM4K, yang mana ia akan dijadikan modal sebagai menjana lagi baki perbelanjaan. Dirancang, ada beberapa fasa gerak kerja, supaya sasaran dicapai, dalam keadaan peserta tidak tertekan dengan tanggunjawab yang utama iaitu belajar di UIA sendiri.

MEMBUAT PROGRAM
Program pertama yang dirancang akan dilaksanakan seperti berikut:

“Motivasi Kecemerlangan Akademik”

29 Mac 2009 Sabtu
Sasaran: Pelajar darjah 4-6, di sekitar KL dan Petaling Jaya
(terbuka juga bagi yang jauh, tapi tiada pengangkutan disediakan)

BERSAMA DENGAN ABG NAZRI RAIHAN DAN ABG AMIN IDRIS (MOTIVATOR)
Untuk pertanyaan/penyertaan, hubungi Pengarah Program, Nur Azam 0193655249 sebelum 20 Mac 09

Semoga dengan program ini, dapatlah kami pelajar UIA memberi sumbangan kepada masyarakat disamping saling membantu dalam menjalankan perkara makruf, menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’. Lagipun, sekarang ni, ramainya orang ke sana adalah pada usia yang agak lanjut. Di masa badan yang sudah tak larat dan daya tenaga pun amat terhad. Jadi, dalam usia muda ini, kami yang berhasrat untuk ke sana amatlah bebesar hati ;-) sekiranya ada lah sumbangan atau undangan sebagai mencurah bakti bagi mendapatkan dana perjalanan ke Mekah (J2M) ini. Kalau ada sebarang sumbangan nak diberi, sila hubungi, Pangarah Program J2M, Azim 0132660288.

ان شاء الله
ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN