Sunday, March 15, 2009

Journey To Makkah


Program Journey To Mekah (J2M) yang mensasarkan belanja sebanyak lebih kurang RM120K telah mula digerakkan sejak Disember 2008. Seramai 30 orang pelajar UIA dan 2 orang pengiring akan bertolak menunaikan umrah di Mekah pada semester akan datang. Dalam mendapatkan kewangan sebanyak itu, semua peserta program mesti mengumpul dan bekerja keras dengan pelbagai cara. Antara cara yang digunakan adalah dengan menerima sumbangan dari ahli keluarga terdekat, menjalankan perniagaan, MEMBUAT PROGRAM, dan meminta sponsor. Kemungkinan cara ini akan diperkembang dan ditambah lagi, demi memastikan mencapai target, wang belanjawan sebanyak RM120K pada semester akan datang.

Setakat ini, wang terkumpul adalah sebanyak +- RM4K, yang mana ia akan dijadikan modal sebagai menjana lagi baki perbelanjaan. Dirancang, ada beberapa fasa gerak kerja, supaya sasaran dicapai, dalam keadaan peserta tidak tertekan dengan tanggunjawab yang utama iaitu belajar di UIA sendiri.

MEMBUAT PROGRAM
Program pertama yang dirancang akan dilaksanakan seperti berikut:

“Motivasi Kecemerlangan Akademik”

29 Mac 2009 Sabtu
Sasaran: Pelajar darjah 4-6, di sekitar KL dan Petaling Jaya
(terbuka juga bagi yang jauh, tapi tiada pengangkutan disediakan)

BERSAMA DENGAN ABG NAZRI RAIHAN DAN ABG AMIN IDRIS (MOTIVATOR)
Untuk pertanyaan/penyertaan, hubungi Pengarah Program, Nur Azam 0193655249 sebelum 20 Mac 09

Semoga dengan program ini, dapatlah kami pelajar UIA memberi sumbangan kepada masyarakat disamping saling membantu dalam menjalankan perkara makruf, menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’. Lagipun, sekarang ni, ramainya orang ke sana adalah pada usia yang agak lanjut. Di masa badan yang sudah tak larat dan daya tenaga pun amat terhad. Jadi, dalam usia muda ini, kami yang berhasrat untuk ke sana amatlah bebesar hati ;-) sekiranya ada lah sumbangan atau undangan sebagai mencurah bakti bagi mendapatkan dana perjalanan ke Mekah (J2M) ini. Kalau ada sebarang sumbangan nak diberi, sila hubungi, Pangarah Program J2M, Azim 0132660288.

ان شاء الله
ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن

No comments:

Post a Comment

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN