Tuesday, August 31, 2010

Surat Kepada Pengarah Filem

Ahmad Dziaulhaq bin Ahmad
Pelajar di Malaysia
______________________________________________________

kepada,
Semua Pengarah Filem di Malaysia                                  30 Ogos 2010


CADANGAN DAN PERMINTAAN KECIL KEPADA ORANG-ORANG BESAR

Saya merujuk kepada perkara di atas dengan segala hormatnya.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang pelajar yang sedang meningkat dewasa ada satu cadangan dan juga mungkin permintaan kepada orang-orang yang saya anggap besar dan dihormati di bidang seni tanah air kita ini. Saya yakin, walaupun saya hanya orang biasa, tetapi pihak yang berkenaan adalah orang yang sangat rasional dan berlapang dada dengan pandangan, cadangan, dan komen demi memartabatkan kesenian yang bertaraf dunia dan bertamadun, iaitu:

1) filem yang memberi teladan dengan lakonan yang baik
-sediakan pelakon yang berwatak baik, kurangkan / tiadakan watak jahat
-karang dialog yang berbahasa sopan, kurangkan / tiadakan dialog kurang ajar / menyakiti hati
-sediakan pakaian yang sopan, kurangkan / tiadakan pakaian mendedahkan tubuh
-perbanyakkan latar tempat yang baik, kurangkan / tiadakan tempat yang meliarkan

     Saya hanya mampu bagi 1 cadangan sahaja. saya harap dengan hanya
1 cadangan ini dapatlah direalisasikan oleh para penggiat seni. Di sini saya sediakan
sedikit huraian tentang subcadangan saya tersebut:
Kita sudah banyak melihat perkara tidak baik di dunia realiti. Mata kita ini sudah
terdidik dengan pemandangan yang jahat, terdedah tubuh, dan tempat-tempat 
yang tidak elok. Telinga kita ini pula sudah banyak dengar perkara yang kurang 
sopan dan tidak elok. Semua manusia akan terbiasa dan menganggapnya tidak 
salah dan cenderung untuk melakukan semua yang tidak elok ini. Sampai bila?
Generasi akan datang akan jadi generasi kurang sopan.



Tambahan lagi, bila buka sahaja apa-apa filem, ditayangkan perilaku yang sama,
lagilah kuat dan menyokong tindakan salah manusia itu. Jadi, peranan filem dalam 
merubah hal ini amatlah besar. Bayangkan setiap kali tengok filem menceritakan 
tentang kebaikan, perbuatan yang baik, percakapan yang baik. Sudah tiada kata-
kata kesat, perbuatan membunuh atau apa sahaja yang mendidik manusia
melakukan kejahatan. Tentulah lama-kelamaan masyarakat akan terdidik
dengan sendirinya.



Saya amat kagum dengan mereka yang terlibat dalam cerita-cerita seperti 
Cinta Madinah, Ketika Cinta Bertasbih, cerita-cerita cina juga ada yang saya 
sedari, mereka sangat sopan dari segi tutur kata dan pakaian. Menampakkan 
hormat mereka kepada penonton, bangsa dan agama. Tidak kiralah apa pun 
bangsa dan agama, sifat kemanusiaan tetap kena ada. Kenapa saya berkata 
begitu, kerana kehendak kepada kebaikan bukan sahaja oleh orang Islam, 
tetapi ia adalah kehendak universal, iaitu semua orang yang ada hati perut 
hendakkan kebaikan.



Sekian sahaja cadangan dan permintaan dari saya. Saya harap pihak yang
berwajib bolehlah merespon surat saya ini. Anggaplah ini sebagai surat dari 
peminat seni anda.



Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ahmad Dziaulhaq bin Ahmad
Pelajar di Malaysia dan
Peminat seni hiburan tanah air.

2 comments:

  1. InsyaAllah, saya akan cuba untuk usahakan selepas ini :) Terima kasih atas cadangan.

    ReplyDelete
  2. wah, dah jumpa orgkita yg berjiwa besar, mmg pun apa yg nta kata, M'sia agak ketinggalan dlm dunia pefileman yang membawa tauladan klu nk dibandingkan negara jiran terutama Indonesia.

    ReplyDelete

BeMyFriend=)

Nama Penuh:
http://

Create a web form here

Followers

JAZAKUMULLAH
asif jiddan jika ada sebarang kesilapan

TUTUP LAMAN